Menurut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna:
- Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman
Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut
ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan
dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)
- Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman
Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah
(taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)
- Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa.
Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada
Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka
mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)
Kalimah “bertakwa” dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna
taat atau takut kerana kalimah-kalimah “taat” dan “takut” telah
disebutkan sebelumnya dalam ayat di atas. Jadi “bertakwa” dalam ayat di
atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah
merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: “Takwa itu
ialah menyucikan hati daripada dosa sehingga menguatkan azam untuk
meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala
maksiat”.
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah
menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama.
Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Ada
pun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan
kepada agama pula ialah “bertakwa”.
Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar